Ruangan Iklan

Cerpen

Actually Dhia baru nak start balik menulis bukannyer reti sangat tapi Dhia still nak mencuba, selain cerpen Dhia masukkan sekali Luahan Rasa Sentuhan Dhia.

Luahanku Tatapanmu

Tajuk : Hati 
 

HATI...
Aku tahu kau terguris kerana kata
HATI...
Aku Tahu kau terluka
HATI...
Aku tahu kau terseksa
HATI...
Aku tahu kau menderita
Tapi apakan daya tiada siapa yang ingin bertanya
Tiada siapa yang tahu apa yang ku rasa
Telah lama ku pendamkannya
Telah lama juga aku berteman airmata
Telah puas aku sengsara
Telah puas juga aku dicerca
Telah jerih aku mempertahankannya
Telah jerih juga aku memperbetulkannya
Tapi tiada siapa yang percaya
Tiada siapa juga yang ingin menerima
Masih juga terus menunding jari
Masih juga terus mencari kesilapan diri
Akhirnya aku pasrah menerima ketentuan ini
Dengan terpaksa aku melangkah pergi
Meninggalkan mereka yang aku sayang dan hormati...
Tabahlah wahai HATI...


Luahanku Tatapanmu

Tajuk : Kau Yang Aku Sayang


Kau Yang Ku Sayang...
Walaupun aku sering tiada dihatimu
Tapi aku masih jua menunggu
Sehingga terbuka hatimu untuk menerimaku

Kau Yang Ku Sayang...
Walaupun sering kau mecipta luka dihatiku
Dengan sikap dan kata-katamu
Masih juga ku telan walau sepahit hempedu
Kerna hanya engkau yang aku mahu

Kau Yang Ku Sayang...
Siang malam ku panjatkan doa
Agar dirimu sedar apa yang ku rasa
Agar kita akan terus hidup bersama
Membina istana bahagia

Kau Yang Ku Sayang...
Sehingga kini aku masih menanti
Perubahan dalam dirimu terhadap diri ini
Tapi sayang keegoanmu menguasai diri
Sehingga tidak sedikit pun kau peduli

Kau Yang Ku Sayang...
Sampai bila aku harus menunggu
Sampai bila juga aku harus menyeru
Entah aku sendiri tidak tahu
Kerna ku takut diri ini dihimpit jemu...

Kau Yang Aku Sayang...
Maaf kerna aku ingin mengundur diri
Maaf juga kerna aku sudah tawar hati
Tak sanggup rasanya hati disakiti
Melihat sikapmu yang tak pernah mengerti...

Kau Yang Ku Sayang...
Berbahagialah kau disana
Bergembiralah juga kau hendaknya
Lepaskanlah tanganku seadanya
Agar aku juga bisa hidup bahagia...


Cerpen

Tajuk : Bahagia itu milik ku


Allahuakbar2! bunyi azan di masjid berhampiran rumahku telah menyedarkan aku dari lamunan, astagfirullahalazim... Lamanya aku mengelamun, tak sangka dah sampai masuk waktu maghrib, ni kalau tahu dek mak mahu kena cuci... hehehe. Entahlah semenjak kebelakangan ini aku gemar sungguh mengelamun bila terfikirkan masa depanku, bukan aku tak kisah dan bukan aku tak terasa bila melihat adik2, saudara mara dan sahabat handai hidup bahagia dialam rumahtangga tapi itulah mungkin seruan untuk aku tu belum tiba. Kalau dah sampai masanya dan kena pulak pada yang aku berkenan pasti tak akan aku tunggu lagi, bukan memilih tapi berhati2. Zaman sekarang nak dapat yang bertanggungjawab memang susah.

Aku tahu umur aku dah pun mencecah 32tahun tapi masih jugak belum ada yang punya, bukan aku tak pernah mencari tapi itulah yang ada semuanya yang menyakitkan hati aku je. Yelah jodoh belum sampai, tapi kadang2 sakit jugak telinga bila asyik dok dengar orang menyindir dan berkata bukan2 pasal aku, dia orang semua tak tahu ke jodoh maut tu semua ditangan allah swt. Hai! sabar jelah yang mampu aku buat sekarang ni. Yang aku tahu pasti ada seseorang diluar sana yang telah disediakan untuk aku..
" Huh! dari aku terus peningkan kepala otak ni,baik aku p ambik wuduk dan solat..."

Selesai je solat aku terus kedapur untuk makan malam. Lauk2 telah aku masak waktu balik dari ofis tadi, tak la banyak cukuplah untuk aku seorang.
" Nyum2! sedapnya..." Kecur air liur aku tengok sambal tempoyak, ulam2, ikan goreng dan sayur goreng. Aku terus ke rak mengambil pinggan dan mengisi nasi, lalu aku terus pergi ke meja dan duduk selepas baca doa makan aku pun menjamu selera.
" Alhamdulillah kenyangnya aku..." Dua kali jugak aku tambah, alamatnya badan aku nanti pun makin bertambah hahahaha. Tapi aku sebenarnya tak kisah pun sebab badan aku makanlah banyak mana pun tetap je slim melim. Lagipun aku akan pastikan aku makan sebelum pukul 8malam. Lepas makan aku kemas2kan meja, cuci semua pinggan mangkuk dan terus pergi ke ruang tamu merehatkan diri sementara menunggu masuk waktu isyak... hurmmmm, hampir juga aku terlelap dalam menanti, tau2 je dah bunyi azan masuk waktu isyak. Aku pun terus ke bilik air mengambil wuduk dan solat. Selesai solat dan mengaji aku pun terus masuk kebilik untuk tidur, aku memang tak gemar tidur terlalu awal dan terlalu lewat. Oh ya aku bekerja sebagai Penyambut Tetamu je di Syarikat Pemaju.

Esok paginya seperti biasa aku pergi kerja dan menjalankan kewajipan harian sesempurna yang boleh sambil2 tu mata aku curi2 tengok YM, ala biasalahkan semua orang ada YM sekarang ni. Entah macam mana aku dapat pesanan semalam kat YM aku, pesanan tu pulak dari teman lama yang sangat lama menghilangkan diri, tup! tup! tiba2 hari ni dia datang mencari aku dan ingin berjumpa.
" Alamak!..." itu je yang terkeluar dari mulut aku. Sambil tu aku berkira2 nak pergi jumpa atau tidak, ermmmm keputusan yang aku buat ialah pergi jumpa. Actually kami dulu pernah bercinta tapi sekejap je sebab ada masalah yang kami tak dapat elakkan waktu itu, dia tak pernah buat salah apa2 pun pada aku dan hingga kini perasaan sayang itu masih ada untuk dia. Bagi aku dia sangat baik itu sebab aku tak berfikir panjang sangat untuk berjumpa dengannya. Petangnya sebelum aku balik aku menghubungi dia dengan no hp yang telah ditinggalkan dalam pesanan tadi. Dap! dup! dap! dup! bunyi jantung aku menunggu panggilan aku berjawab, cuak jugak dalam berani dan panggilan aku berjawab... Ya allah!
" Assalamualaikum, ni Riq ke?" aku bertanya dalam kegugupan.
" Waalaikumusalam, ye saya Riq, ermmmm ini Hasya ke?" dalam diam aku berfikir, aik! mamat ni tunggu aku call ke? Hahaha! mesti dari semalam dia tertunggu2.
" Ye, saya Hasya. Maaflah menganggu, Hasya just nak bagitahu hari ni Hasya tak dapat jumpa Riq sebab Hasya kena balik awal nak pergi rumah mak ada hal, kita jumpa esok je boleh tak?" aku terus menunggu jawapan darinya setelah memberitahu tujuan aku menghubungi dia.
" Oh ye ke, takpe Hasya. Riq boleh tunggu, kalau macam tu kita jumpa esok je la. Hasya nak Riq jumpa dimana?..."
" Alamak! kat mana ek? jap2 Hasya nak fikir, erm apa kata Riq datang je kat area rumah Hasya nanti dari situ kita fikir nak pergi mana ok?..."
" Riq ok je. Ok lah Hasya kita jumpa esok lepas isyak ye?..." dia pulak yang menetapkan waktu untuk kami berjumpa.
" Ok. Bye assalamualaikum Riq n take care ya"...
" Waalaikumusalam Hasya. Take care too"... Lalu kami sama2 letak telefon.
Aku pun bersiap2 nak balik, dari ofis aku terus kerumah emak selepas selesai semuanya aku pun balik semula kerumah. Tak sabar nak tunggu malam esok menjelma. Lepas masak, mandi, solat, makan dan solat lagi aku pun terus masuk kebilik. Aku nak rest secukupnya supaya aku cukup segar untuk esok. Baju untuk esok pun aku dah sediakan, aku taknak terkejar2 bila tiba masanya nanti.Esok malamnya seperti yang dijanjikan kami pun berjumpa dan pergi ke kedai makan yang berdekatan dirumah ku, Ya allah banyaknya perubahan dirinya dimata aku. Yelah dah hampir 2tahun jugak tak berjumpa apatah lagi berhubung. Yang tak berubah sifat malunya, caring dan kebaikannya. Ternyata malam itu telah menyedarkan aku bahawa dia masih dihati ini dan aku sentiasa mahukan dia. Mungkin sebab ini jugaklah yang buat aku masih tak berjumpa dengan lelaki yang aku cari. Selesai makan kami pun bercerita macam2 cerita hingga tak sedar masa berlalu.

Selepas malam itu, kami menjadi lebih kerap berjumpa dan berhubung. Dia jugak selalu berjumpa keluarga aku dan begitu jugak aku. keluarga kami merestui hubungan kami. Tak aku sangka perasaan itu timbul kembali. Sedar tak sedar dah 2bulan kami bersama semula, dan malam ini ialah malam yang akan aku ingat selamanya, dimana malam ini dia telah melamar aku untuk menjadi suri hidupnya. Ya allah! aku bersyukur kepadamu kerana mempermudahkan perjalanan cinta kami kali ini. Disaat ini segala macam rasa aku rasa. Balik je dari makan malam aku terus menghubungi emak memberitahu berita ini dan memberitahu keluarga pihak lelaki akan datang minggu depan untuk merisik dan bertunang terus.

Hujung minggu yang ditunggu2 telah pun sampai. Aku di andam sebaik mungkin oleh sahabatku yang juga seorang mak andam. Selesai je majlis menyarung cincin kami pun bergambar kenangan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keluarga tunangku menetapkan tarikh perkahwinan kami bulan depan bermakna sebulan dari sekarang kami kena buat persiapan... Semua persiapan telah kami buat sebaik2nya dan hari yang kami tunggu2 pun sampai, kami akad nikah dirumah pada malamnya dan siangnya pula kami buat majlis bersanding, keesokkannya pula majlis disebelah lelaki. Majlis kami berjalan dengan lancarnya dan sungguh meriah. Alhamdullillah, Akhirnya semua impianku tercapai dan pernikahan aku ini jugak telah menutup banyak mulut yang tak kering dari mengata perihal aku. Dan akhirnya dia menjadi milik ku abadi.. Aku jugak bersyukur mempunyai suami, keluarga mertua dan adik2 ipar yang sangat menyayangi diri aku dan menerima kehadiran aku dengan seikhlas hati. Syukur alhamdullillah bahagia itu milikku kini... Terima kasih sayang diatas pengorbanan dan susah payahmu dalam membina mahligai bahagia buatku...

Kebahagiaan yang tak terucap




 Luahanku Tatapanmu

Tajuk : Untukmu Ayah


AYAH

Melihatkan dirimu dimamah usia
Sungguh hatiku diulit rasa
Entahkan sedih entahkan suka
Tapi yang pasti aku takut jika dirimu tiada...

AYAH

Dirimu sentiasa berusaha merubah nasib kita
Walaupun payah dirimu teruskan jua
Tanpa memikirkan sedikitpun apa yang dirasa
Hanya kerana untuk kami semua...

AYAH

Dalam dirimu berusaha membuat semua
Tapi kenapa masih ada yang terluka
Kenapa masih ada yang tidak terbela
Kenapa masih ada yang menjerut rasa
Kenapa dan mengapa dimana silapnya...

AYAH

Bukalah mata dan lihatlah hubungan kita sekeluarga
Adakah ia seperti yang direncana
Atau ia sudah ditimpa bencana

AYAH

Sampai bila harus begini
Sampai bila kita harus menyiksa diri
Sanggupkah kita biarkan hubungan ini terus mati
Tanpa berusaha perbaiki diri...

AYAH

Hentikanlah semua ini
Tak sanggup rasanya terus begini
Apa yang terjadi telah pun terjadi
Tapi kita jangan biarkan ia terus terjadi
Sama-samalah kita baiki diri dan hubungan ini
Agar kebahagiaan itu menjadi milik kita abadi...

Luahanku Tatapanmu

Tajuk : Kelmarin, Semalam, Hari ini dan Esok



KELMARIN
Aku masih disini
Mencari kebahagiaan diri
Tetapi sehingga kini tidak aku temui
Haruskah aku terus mencari?

SEMALAM

Aku masih juga disini
Menanti dan mencari
Entah sampai bila aku pun tak pasti
Haruskah aku terus menanti?

HARI INI

Aku masih lagi disini
Terus jua menanti dan mencari
Dengan harapan kebahagiaan itu bisa aku temui
Walaupun hati terguris luka tak terperi

ESOK

Aku nekad untuk terus menanti dan mencari
Semoga kebahagiaan itu sempat aku miliki
Sebelum ku pejamkan mata ini
Itulah dia KEBAHAGIAAN YANG ABADI....


LUAHANKU TATAPANMU

Tajuk : MENGAPA



Mengapa…

Entah aku sendiri tidak tahu
Hati sering dipalu rasa pilu
Hingga diriku jadi tak menentu
Memikirkan apa yang sedang menunggu…

Mengapa…

Itu yang sering aku ajukan
Walaupun ku tahu ia tiada jawapan
Tapi apa yang harus aku lakukan
Untuk hilangkan rasa debaran…

Mengapa…

Apakah yang akan terjadi
Haruskah ia terus begini
Mencari sesuatu yang tak pasti
Berharap fantasi menjadi reality…

Mengapa…

Terasa hati bagaikan sedang terluka
Terhiris dengan kata nista
Walaupun aku cuba untuk tidak terasa
Tapi sungguh aku juga manusia biasa


Mengapa…

Kini baru ku tahu apa yang menganggu
Rupanya hati telah pun dihiris sembilu
Walaupun ia pahit bak hempedu
Akan ku terus melayari hidupku…

Mengapa…

Kini tiada kenapa dan mengapa
Biarlah ia berakhir dengan bahagia
Walaupun sukar untuk menciptanya
Namun ku tahu ia pasti berjaya
Jika hati ini telah pun mula menerima
Mengapa harus aku teruskan sengketa
Kerana ku tahu hanya dia untuk ku selamanya
Dan aku rela terluka demi mencipta bahagia…


Cerpen

Tajuk : Berakhirnya Sebuah Duka…

“ Assalammualaikum sayang ”…

Kedengaran suara lelaki memberi salam dibelakangku dan aku tahu pemilik siapakah suara itu. Orang itulah yang aku tunggu kedatangannya dari tadi, rasa penat menunggu hilang bila dia didepan mata.

“ Waalaikumussalam dear ”…

Aku menjawab salamnya sambil memalingkan arah ku mengadap dia dan dia mengukir senyuman buatku, aku juga membalasnya semanis mungkin.

“ Lama tunggu? Sorry i lambat sebab ada hal dekat rumah ”…

Tanpa menunggu lama dia terus bertanya padaku dan tanpa perlu kutanya apa alasannya kerana dia sudah pun menyatakannya tadi. Aku hanya menganggukkan kepala. Tidak mahu memanjangkan cerita.

“ Oklah jom kita pergi, u tentu dah laparkan? I pun dah lapar nie tadi tak sempat nak sarapan kat rumah, i terkejar-kejar kesana kemari uruskan hal mak I ”…

“ Ok cian u, lapar ye, hahahaha

Aku ketawa bila melihat mukanya yang kelat kerana kata-kataku tadi. Huh! Mudah sangat tersentap. Tapi yang itu jugalah yang aku sayang, walaupun perhatian dia kepadaku sering terjejas. Malas melihat mukanya yang kelat tu aku pun meminta maaf dan bertanya kat mana kami nak makan.

“ Sorry dear, I gurau je tadi takkan nak terasa kot… Ok now bagitau I kita nak pergi makan kat mana dan mana kereta u, I tak nampak pun u park kat mana? ”…

Dengan muka yang sedikit jernih dia pun menjawab.

“ I park kat sebelah jalan tu je, kita makan kat mamak la tak kisah kat mana pun I teringin nak makan roti telur lak pagi-pagi nie ”…

“ Ok, I tak kisah kat mana pun ”…

Kami pun berjalan pergi ke kereta pastu kami pun bertolak pergi tempat yang dia nak pergi, aku lebih suka serahkan apa-apa keputusan pun pada dia. Senang untuk mengelakkan terasa hati antara kami. Akhirnya kami sampai kedestinasi, BANGSAR…

Apa nama kedai aku pun lupa nak tengok dan sebenarnya malas nak ambik tahu… Kami cari parking lepas park kereta, kami pun pergi ke restoran mamak tu, sambil-sambil tu mata melilau mencari tempat duduk. Huh! Jumpa pun… Lepas order makan, kami  pun berbual kosong, aku masih tak menyatakan pekara yang ingin aku bertanya pada dia. Dalam berbual tu makanan pun sampai, habis makan kami pun pergi bayar kat kaunter. Lepas tu kami terus jalan-jalan kat situ. Jalan-jalan cuci mata tak ada benda pun nak beli. Aku lebih selesa membeli belah sendirian daripada dengan dia. Lepas penat mengukur satu complex ke satu complex kami pun balik. Dalam perjalanan aku pun mengambil kesempatan bertanya tentang hubungan kami. Aku tak mahu hubungan kami berlangsung tanpa apa-apa ikatan, aku juga tak nak diriku dijadikan bahan permainan  dia kalau itulah tujuan dia. Aku tak menuduh tapi hanya menyatakan apa yang aku rasa.

“ Dear I nak tanya u ni, boleh ke? ”…

“Apa dia, tanyalah if boleh I jawab I akan jawab kalau tak boleh u jangan merajuk pulak ”…

“ Tak la, I just nak tau sampai bila kita nak macam ni tak ke u terasa nak menamakan ikatan kita dari pasangan kekasih kepada tunang dan seterusnya kepada suami isteri ”…

Aku memalingkan muka memandangnya, kelihatan sedikit rasa tak puas hati diwajahnya dan aku pasti dengan jawapan yang bakal diberi kerana ini bukan kali pertama aku bertanyakan soalan ini dan jawapan serupa juga yang pasti aku terima. Sampai kadang-kadang aku rasa nak saja aku putuskan hubugan ini, tak mahu terus menerus jadi bahan mainan. Tapi aku masih sayangkan nya, entahlah aku sendiri buntu jalan mana yang harus aku ikut.

“ Bukan I tak nak kahwin dengan u tapi I masih perlu mengejar apa yang I nak dalam hidup, lagipun  hidup I sendiri tak terurus masih duduk dengan keluarga dan masih mengharapkan keluarga dalam perbelanjaan i. So cuba u bagitau I macam mana I nak tanggung u dan anak u tu nanti ”…

Sungguh aku terluka lagi untuk sekian kalinya. Aku tahu bukan itu yang sebenarnya dan aku tahu dia masih tidak boleh terima anakku dengan bekas suamiku dulu. Sebenarnya aku seorang janda kami bercerai hidup. Hasil dari perkahwinan kami dulu kami mempunyai seorang anak lelaki. Tapi kini bekas suamiku telah pun berkahwin lain dan anakku dibawah jagaannya kerana  aku masih belum berkahwin lagi. Kini aku masih sendiri mencari lelaki yang benar-benar boleh menerima diriku dan anakku. Tapi hingga kini tak aku ketemui. Apa salah aku hingga susah benar untuk aku kecapi kebahagiaan. Janda pun seorang manusia bukan haiwan..

Aku menangis dalam hati memikirkan nasib diriku dan anakku, sampai bilakah kami akan berjauhan begini. Lalu aku pun menjawab kata-katanya.

“ Sorry! I dah jemu dengan alasan u yang satu ni, I tahu u masih mengharapkan bekas isteri u tu balik semula pada u kan? Walaupun dia pernah buat sesuatu pada u. Entahlah I pun tak tahu kenapa kita dipertemukan, I ingat senang cerita bila bercinta dengan orang yang pernah berkahwin dan bercerai rupanya tidak. Apalah nasib I ”…

Aku sudah tidak dapat menahan amarahku dan airmata ku mengalir laju menyatakan betapa aku kini benar-benar terluka. Aku memalingkan mukaku mengadap pemandangan luar bila dia mula ingin menuturkan kata…  Dan aku sudah bersedia dengan jawapannya…

“ Ya, I masih tunggu dia dan penantian I sudah pun membuahkan hasil. Kami akan bersama kembali. Lagipun pada I kita tak serasi dari pelbagai hal. Sebenarnya kita hanya lebih sesuai menjadi sahabat bukannya suami isteri, I harap u faham dan hormat keputusan I ”…

Ya Allah!!! Hancur sudah hatiku tak tahu bagaimana ingin ku hadapinya kini.. Hanya satu harapanku semoga ketenangan diluar sana dapat meninggalkan ketenangan dalam hatiku yang kini hebat berperang dengan keputusan yang telah aku buat… Walaupun berat menerima kenyataan sebentar tadi aku tetap terus tabahkan hati, apa yang menjadi tanda tanya selama ini telah pun terjawab. Dengan lafaz bismillah aku pun menyatakan keputusanku juga semoga dia juga menghormati keputusanku.

“ Ok, jika itu keputusan u. Ini pula keputusan i. I tak nak kita ada apa-apa hubungan pun selepas ni walaupun sekadar sahabat. I harap kalau u jumpa I dimana-mana pun janganlah bertegur sapa dengan I sebab i tak nak tengok muka u lagi apatah lagi dengar suara u. Cukuplah selama nie u perbodohkan i. Terima kasih dengan semua tunjuk ajar u pada I tentang sepak terajang dalam dunia ni ”…

Dia diam seribu bahasa. Tanpa aku sedar rupanya kami sudah sampai dalam kawasan rumahku dan entah bila dia memberhentikan kereta aku pun tak sedar mungkin kerana terlalu melayani emosi. Lepas berkata lebih kurang pada nya aku terus membuka pintu kereta dan keluar, aku membiarkan dirinya tertanya-tanya sendiri kerana aku sudah penat untuk memberi jawapannya. Lepas menutup pintu aku terus pergi tanpa berpaling lagi. Segala duka telah ku tinggalkan bersamanya tak hingin aku membawanya bersama.

Sampai saja dirumah aku membuang semua kenangan antara aku dan dia, tak perlu rasanya menyimpannya lagi kerana tiada yang manis selain pahit belaka.. Kini aku sendiri, serik rasanya untuk jatuh cinta lagi bila cinta kita tak dihargai. Tapi siapalah aku untuk mengatakan itu semua kerana ketentuan hidup kita ditentukan oleh NYA yang maha berkuasa. Kini aku menjalani kehidupan harianku seperti  biasa walaupun luka itu masih berbekas…

2 tahun sudah berlalu, Alhamdulillah aku sudah pulih keseluruhannya. Memang sukar untuk menerima kepahitan dalam hubungan, tapi berkat kesabaran ku selama ini… Inilah hasilnya… Aku Berjaya… Segalanya berjalan lancar selepas peristiwa itu. Tapi entah dimana silapnya aku telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang lebih muda dari ku, aku amat menyenangi sifat dan sikapnya yang sungguh perihatin terhadapku dan anakku. Status janda anak satu tidak sesekali menjarakkan hubungan kami malah kami kian rapat dari hari ke hari. Bermula hanya sebagai kawan entah bila perasaan ini bertukar aku pun tak pasti, tapi sehingga kini aku tak menyatakan padanya kerana aku tahu dan sedar diri. Aku tidak mahu kejadian dulu berlaku lagi dalam hidupku. Cukuplah apa yang terjadi. Tapi sangkaan ku meleset bila mana dirinya telah membuat pengakuan terhadap perasaannya pada ku… Aku tidak tahu cara bagaimana ingin aku tunjukkan perasaanku ketika itu, suka? duka? menyesal? Entahlah. Aku serah segalanya pada yang lebih mengetahui. Sesungguhnya aku pasrah dengan apa saja yang akan terjadi selepas ini.  Hari ini kami akan bertemu lagi kerana dia ada pekara yang ingin dinyatakan padaku…

“ Hai sha, lama tunggu ... 

Dia menegurku sebaik saja sampai didepanku.

“ Hai fiz, tak lama pun tak sampai pun sejam I tunggu u dah sampai ” …

Kataku  sambil ketawa dengan niat hanya ingin bergurau dengannya. Selepas menetapkan dimana ingin kami makan sambil bincangkan pekara yang ingin dinyatakan, kami pun pergi ke kereta dan bertolak pergi ke destinasi. Wau! Tak sangka dia akan bawa aku ketempat sebegini romantik, pasti ada yang menarik akan berlaku… Hatiku meneka.

Selepas memesan makanan dan minumankan kami terus berbual mesra sementara menunggu pesanan sampai. Ah! Tak dapat aku bayangkan perasaan aku disaat ini rasa macam kembali muda. Dalam kami berbual pesanan kami pun sampai dan kami makan dengan penuh selera. Memang sedap makanan disini. Tak rugi kalau datang lagi. Selesai sahaja makan kami terus menyambung kembali perbualan kami, tapi kali ini lebih terarah pada hubungan kami dan masa depan yang bakal kami pilih. Tak ku sangka hari inilah hari yang amat teristimewa buatku kerana dia telah melamarku dan menyatakan cintanya yang tulus buatku. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan seperti yang kami bincangkan tadi keluarganya akan datang minggu depan untuk menetapkan tarikh bertunang dan nikah kami sekali gus. Habis sahaja berbincang kami pun pergi ke kaunter bayar selesai semua kami pun bertolak kerana dia harus hantar aku sebelum jam 10malam. Didalam kereta dia bertanya padaku…

“ Sha happy tak hari ini? ”...

Dia bertanya sambil memandangku sekilas. Aku menjawab dengan hati yang berbunga-bunga.

“ Ye fiz I happy sangat, tak sangka hidup I akan berubah selepas ni. Doa I semoga apa yang kita rancangkan berjalan lancar ...

“ Betul tu sha I pun harap semuanya berjalan lancar, I tak mahu terus menunggu lagi I dah jumpa apa yang I cari dalam hidup ini. Kehadiran u telah menceriakan hidup I selama ni, keletah u buat I selalu teringatkan u. I tak sanggup terus berjauh dengan u, bukan apa takut u kena kebas… Hahaha.

Dia ketawa lepas meluahkan isi hatinya. Sungguh hatiku berbunga riang.

“ O, u takut I kena kebas la u ikat I cepat-cepat ye… Bukan sebab u sayang I? ...
 
Aku saja menduganya dengan rajukku… Dalam hati aku ketawa.

“ Bukan macam tu sha, I gurau je. I memang sayangkan u dan anak u. I dah anggap dia macam anak I sendiri, biarlah apa orang nak cakap I tak kisah. Asalkan I hidup bahagia dengan u ”…

Tak ku sangka semurni itu hati dan perasaannya pada ku. Aku bersyukur padamu Ya Allah.

“ Ala u ni, I pun gurau je. Saje nak duga u. I hargai setiap apa yang u buat untuk I dan anak i. Terima kasih sayang ”…

Kami saling berbalas senyum, berbual punya berbual kami pun sampai dikawasan rumahku… Lepas berpesan itu dan ini, aku pun buka pintu dan keluar. Sebelum aku menutup pintu dia memberi isyarat call pada ku, aku tahu sebaik saja aku sampai dirumah aku harus call dia untuk memaklumkan keselamatan aku. Itulah selalu yang akan aku lakukan. Selepas aku call dia aku terus call emak, memberi tahu apa yang telah kami bincangkan. Emak terus memberi restu. Alhamdulillah aku sudah pun mendapat restu.

Minggu yang ditunggu telah pun sampai. Aku bersiap ala kadar selepas menolong keluargaku menyediakan makanan untuk tetamu, Tepat jam 1 tengah hari tetamu yang kami tunggu pun sampai. Kami terus menyambut dengan penuh ramah tamah. Masuk sahaja ke rumah kami terus menjemput tetamu kami menjamu makan tengah hari. Selesai makan kami terus membawa tetamu kami ke ruang rehat, sambil menjamu pencuci mulut tetamu kami pun menbuka kata memberitahu niat mereka. Setelah semua kata dah dipersetujui tetamu kami pun mohon minta diri. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang kami rancangkan…
Akhirnya hari yang kami tunggu bakal kami lalui sebentar nanti, aku disolek dan didandan dengan cukup sempurna… Keluarga ku dan anakku tersenyum memandangku. 

“ Mami cantik lah hari ni … 

Kata anakku sambil mencium pipiku…

“ Habis tu selama ni tak cantik la ye? Mami majuklah macam ni

Anak ku ketawa senang bila melihat aku pura-pura merajuk. Dialah buah hati ku. Dalam kami bergurau, emak masuk ke bilik memberitahu keluarga belah lelaki sudah pun sampai… Kami akan ditunangkan dan dinikahkan pada hari yang sama itulah yang kami rancangkan. Kami buat dirumah saja majlis akad nikah dan bertunang… Dari dalam bilik aku mendengar semua pembincangan mereka, selepas itu ibunya masuk kedalam bilik ku untuk menyarungkan cincin pertunangan kami. Selesai majlis pertunangan kami teruskan pula dengan majlis akad nikah. Aku mendengar dia melafazkannya dengan sekali lafaz… Alhamdulillah kini aku sah menjadi isterinya, dia masuk kebilik dan menyarungkan cincin pernikahan kami…  Aku tunduk mencium tangannya dan dia mencium dahiku. Sebak dadaku… Ya Allah kuatkanlah hatiku…

Hari ini majlis bersanding di buat dengan meriahnya, minggu depan rumah lelaki pula… Segala-galanya selesai disini. Minggu seterusnya aku sudah pun bersiap sedia untuk pergi kerumahnya pula, majlis dirumahnya dibuat  secara besar-besaran almaklumlah anak sulung… Aku tak kisah, asalkan aku dapat mengembirakan semua orang. Semuanya selesai, penat juga sebab disini pengantin kena turun padang untuk sama-sama membersihkan semuanya… Meriah memang meriah… Aku bersyukur untuk sekian kalinya kerana keluarga suamiku tidak memandang status ku dulu… Mereka menerimaku dan anak ku dengan sepenuh hati serta kasih sayang… Terima kasih Ya Allah.

Akhirnya aku dapat juga mengecapi kebahagiaan yang aku cari selama ini… Kini aku dan anakku tinggal sekali. Suamiku tidak mahu kami berjauhan lagi… Aku bersyukur kerana dia sudi menerima kami… Aku sangat- sangat bahagia. 2 tahun berlalu kini kami sudah mempunyai 4 cahaya mata termasuk anakku yang pertama. Setahun sekali, tahun pertama kami dapat kembar sepasang dan tahun kedua kami dapat perempuan sahaja. Alhamdulillah kami hidup bahagia… Rezeki juga melimpah ruah… Syukur pada yang memberinya… Doa kudusku semoga kebahagiaan itu akan terus menjadi milik kami sekerluarga… Kini BERAKHIRNYA SEBUAH DUKA…


Luahanku Tatapanmu


Tajuk : Hargailah aku

 

Penat berjalan mencari perhentian
Tapi masih samar dikejauhan

Penat Berlari mengejar bahagia
Tapi duka juga yang datang menyapa

Penat menanti sesuatu yang tak pasti
Tapi tidak tahu bagaimana ingin berhenti

Penat itu saja yang aku tahu
Tidak pasti sampai bilakah harus menunggu
Siang malam berteman sendu
Kerna tiada tempat untuk mengadu

Ah! derita hidupku
tidak siapa yang tahu
Segalanya kutelan bak hempedu
Demi meneruskan hidupku yang tak menentu

Kehadiranku tidak dihargai
Tapi tidak guna aku terus menangisi
Aku terpaksa merelakan hati
Kerana apa yang terjadi telah pun terjadi

Kini aku hanya mampu tabahkan hati
Dalam meneruskan sisa hidup ini
Hargailah aku sebelum aku melangkah pergi
Kerana perginya aku tidak akan kembali lagi...