Ruangan Iklan

Resepi





Bihun Goreng Lada Hitam

BIHUN GORENG LADA HITAM

Bahan2nya :-
1 Paket bihun - direndam
1 Ikat sawi - dipotong sederhana panjang
2 Keping fish cake - dipotong sederhana nipis
2 Genggam tauge
3 Sudu besar cili kering kisar
5 Biji bawang kecil - ditumbuk
2 Ulas bawang putih - ditumbuk
2 Sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 Sudu besar cili sos
2 Sudu besar sos tomata
2 Sudu besar sos tiram
2 Sudu besar kicap pekat
1 Genggam isi ayam
1/2 Sudu besar gula
Garam secukupnya
Secubit ajinamoto

Cara2nya :-

Panaskan kuali dan minyak tumis semua bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik bau, kemudian masukkan pula fish cake dan isi ayam kacau seketika.

Selepas itu masukkan cili kisar tadi kacau hingga garing sedikit, kemudian baru masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan lada hitam kacau sebati.

Masukkan juga sawi dan tauge kacau lagi sampai sayur2 tu layu sedikit kemudian masukkan gula, garam (jika perlu so rasa dulu sebelum masukkan garam) dan ajinamoto. Akhir sekali masukkan bihun kacau sehingga betul2 lembut. Bila semua dah masak dan dah rasa, baru tutup api. Sedia untuk dimakan.



Bubur / Pengat Durian


BUBUR / PENGAT DURIAN

Bahan2nya :-
 
1 Biji durian sederhana besar - ambik isinya je tau
2 Kotak santan
2 Helai daun pandan - dibelah dua n disimpul
Gula ikut manis yang kita suka
Sedikit garam untuk menambah rasa lemak dalam bubur / pengat tu.

Cara2nya :-

Masukkan santan kedalam periuk bersama dengan daun pandan. Masak hingga mendidih sedikit.

Kemudian masukkan isi durian dengan biji2nya sekali, kacau dan biarkan mendidih sedikit juga.

Akhir sekali masukkan gula ikut kemanisan yang sesuai n sedikit garam. Kacau hingga sebati dan hingga mendidih. Pastikan isi2 durian tu dah mesra or sebati dengan santan baru tutup api. Api jangan terlalu kuat takut nanti hangit kat bawah. Lepas tu sedia untuk dimakan, boleh cicah dengan roti or pulut terpulang pada citarasa sendiri.


Sambal Goreng Tempe wt Kacang Panjang
Sambal Goreng Tempe wt Kacang Panjang

Bahan2nya :-

5 Tangkai kacang panjang - dipotong ikut citarasa sendiri
2 Keping tempe - dipotong dadu
4 Biji bawang kecil - ditumbuk
3 Biji bawang putih - ditumbuk
Cili padi ikut kepedasan masing2 - ditumbuk
Sedikit belacan - ditumbuk
1 Mangkuk ikan bilis
Garam dan ajinamoto secukupnya

Cara2nya :-

Goreng tempe terlebih dahulu masak hingga kekuningan.

Panaskan kuali dan minyak kemudian tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi hingga naik bau, lepas itu masukkan ikan bilis, goreng bersama bahan2 tadi.

Taburkan garam, ajinamoto dan kacang panjang kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan tempe goreng. Biarkan seketika. Tutup api dan sedia untuk dimakan.

 
Ayam Masak Kicap wt Kentang Goreng


AYAM MASAK KICAP wt KENTANG GORENG

Bahan2nya :-

1 Ekor ayam - dipotong 16
4 Biji bawang kecil - dihiris
3 Ulas bawang putih - dihiris
11/2 Inci halia - dihiris panjang2
2 Sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 Biji bawang besar - dipotong bulat
3 Biji cili merah - dibelah 2
3 Biji cili hijau - dibelah 2
2 Sudu besar sos tiram 
3 Biji ubi kentang - dipotong bulat
2 Tangkai daun sup dan daun bawang
Kicap pekat ikut pada citarasa sendiri sama ada nak hitam atau nak sederhana hitam
Ajinamoto secukup rasa
Garam bila perlu

Cara2nya :-

Goreng ayam sederhana masak atau terpulang pada cita rasa sendiri dan goreng ubi kentang hingga kekuningan.

Panaskan kuali dan minyak kemudian tumiskan bahan2 hiris tadi sehingga naik bau. Masukkan pula lada hitam dan sos tiram kacau hingga sebati.

Kemudian masukkan pula kicap pekat kacau, selepas itu masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar kacau lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan ayam dan ubi kentang goreng kacau lagi.

Taburkan sedikit ajinamoto dan garam (jika perlu) selepas semuanya sebati dan lauk mendidih tutup api dan taburkan daun bawang dan daun sup tadi. Sedia untuk dimakan.

RESEPI DARI SEBERANG JAWA INDONESIA...

Daging Masak Rawon


Daging Masak Rawon

Bahan2 :-
1/2 Kilo daging - direbus sampai lembut dan dipotong kiub2
1 Batang serai - diketuk sahaja
2 Helai daun limau purut - dihiris kasar
2 Tangkai daun bawang - dipotong sederhana panjang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan secukupnya
Garam dan asam jawa secukupnya ( jangan masam sangat ) 
Air secukupnya
Secubit ajinamoto

Bahan2 untuk dikisar :-

3 Biji buah keras hitam ( keluwak )
1 1/2 Inci halia
1 Inci lengkuas
1 Inci kunyit hidup
1 Sudu besar ketumbar
1 Sudu besar jintan manis
20 Biji cili padi
5 Biji bawang merah kecil
4 Ulas bawang putih

Cara-caranya :-

Panaskan periuk dan minyak kemudian tumiskan bahan2 yang dikisar tadi bersama daun limau purut dan serai sehingga naik bau.

Masukkan air kosong dan air asam jawa, pastikan jangan terlalu masam. Kemudian baru masukkan daging yang telah direbus tadi, garam dan secubit ajinamoto. Kacau hingga  sebati kemudian biarkan mendidih.

Lepas mendidih tutup api dan taburkan daun bawang dan bawang goreng tadi. Sedia untuk dimakan. Lagi sedap kalau dimakan bersama sambal kicap jawa.


RESEPI DARI SEBERANG JAWA INDONESIA 2...

Cucur Jagung Berempah

Bahan2nya :-
3 Tongkol jagung - dihiris halus dan ditumbuk
1 Gengam udang basah - ditumbuk kasar2
1 Biji telur ayam
1 Cawan tepung gandum
2 Helai daun limau purut - dihiris halus
1 Tangkai daun bawang - dihiris halus
Secubit ajinamoto

Garam secukupnya

Bahan2 untuk dikisar :-

1/3 Inci lengkuas
1/3 Inci kunyit hidup
1/3 Inci Halia
2 Biji bawang merah kecil
2 Ulas bawang putih
1 Sudu besar ketumbar
1 Sudu besar jintan manis
10 Biji cili padi

Cara-caranya :-

Potong jagung halus2 kemudian tumbuk bersama udang basah jangan terlalu hancur.

Campurkan bahan2 ditumbuk tadi bersama bahan2 yang dikisar dan tepung gandum, daun bawang, daun limau purut, telur, garam dan secubit ajinamoto. Kacau sehingga sebati bacuhannya seperti buat jemput2/cucur.

Kemudian goreng hingga kekuningan api jangan terlalu besar/kuat. Cukup dengan api sederhana besar/kuat.. Lepas itu angkat toskan minyak, sedia untuk dihidang. Boleh dimakan bersama nasi atau makan begitu sahaja.

**** maaf gambar tak dapat dilampirkan sekali sebab jagung takde stok buat masa nie.


Kek Batik Biskut Marie

Kek Batik Biskut Marie

Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus biskut marie
  • 1 Buku butter 
  • 1 Tin susu cair ideal
  • 2 Biji telur
  • 1 Cwn serbuk koko
  • 1 Cwn milo
  • 1/2 Cwn air
  • Gula ikut manis yang kita suka
  • 1/2 Cwn badam cincang
  • 1/2 Cwn nestum beras nestle
Cara-cara
  1. Mula2 panaskan periuk n cairkan butter, kemudian masukkan susu cair ideal kacau rata.
  2. Selepas itu masukkan pula serbuk koko n milo kacau rata lagi jangan bagi berketul2, kemudian masukkan pula nestum beras, badam cincang, air n kacau lagi. Make sure dengan api yang sederhana if not nanti hangit pulak.Last sekali baru masukkan gula n telur kacau rata...
  3. Setelah semua rata n agak pekat baru padamkan api n patah2kan biskut marie tadi masukkan kedalam periuk tadi n gaul hingga sebati. Sukatan biskut terpulang pada citarasa masing2.
  4. Bila dah sebati masukkan kedalam loyang..tekan2 sikit bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang 
*****    
          Actually dengan menambah nestum beras tadi tu Kek batik kita akan jadi lagi lemak. Itu pun terpulang pada citarasa masing2. Nak letak pun boleh tak nak letak pun tak apa.

Bahan2 Untuk Buat Kek Pisang Yang Lembut... ( untuk 5-10 orang makan)

10 biji Pisang Berangan ( dibuang kulitnye ye...)
2 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur Ayam
2 sudu besar Mentega
5 senduk Gula ( if tak nak manis sangat kurangkan gula or if nak manis tambah je lagi)
1/2 sudu kecil Perasa Pisang atau Vanila
2 sudu Serbuk Penaik
2 sudu Baking Soda / Carbonate of Soda
Secubit Garam
2 Loyang Kecil
Periuk Kukus
Cara-caranya:-
Masukkan pisang kedalam besen dan lenyek sampai hancur, kemudian masukkan masukkan telur,  mentega, gula, serbuk penaik, baking soda, perasa pisang atau vanila dan garam. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau lagi sampai adunan sebati. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan panaskan seketika, kemudian masukkan adunan pisang tadi kedalam loyang dan kukus dalam 20-25minit. petua untuk tidak merosakkan bahagian atas pisang pastikan tutup kukus itu dibalut dengan kain putih bersih agar air kukusan tidak jatuh keatas kek pisang tersebut..

Inilah hasilnya...tapi Dhia buat kecil2 supaya senang masukkan je terus ke dalam mulut... acuan ikut kesukaan sendiri mana yang senang dan cepat...