Ruangan Iklan

Thursday, February 3, 2011

Akhirnya Kau Pergi Jua...

Inilah gambar terakhir totok...

Al-Fatihah untuk totok, semoga roh totok dicucuri rahmat disana dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman. Inilah gambar totok Dhia, actually totok nie totok suami Dhia jadi totok nie totok mertua Dhia lah kan... Inilah gambar terakhir yang Dhia ambik sehari sebelum totok menghembuskan nafas yang terakhir, tak Dhia sangka ini akan jadi gambar yang terakhir buat simpan kami sekeluarga. Ya allah, sebaknya dada, tak sangka Dhia masih tak dapat menerima pemergian totok... Entahlah rasa sukar nak percaya, lagipun mungkin totok baru je p... ari nie hari ke-3 kami buat tahlil untuk totok n dihari terakhir nie lak Dhia leh tak sedap badan lemah sangat nie pun baru reda sikit itu yang Dhia gagahkan juga diri untuk tulis blog tentang pemergian totok, mungkin dengan cara ini Dhia leh kurangkan rindu Dhia pd totok n sikit2 menerima dengan hati terbuka akan pemergian totok... ( dah takde sape akan panggil Dhia tukang masak n nyanyikan lagu tukang masak untuk Dhia yang selama ini totok yang nyanyikan)...

Totok Dhia menghembuskan nafas terakhirnya pd 1/2/2011 hari selasa pd jam 8am lebih kurang. Actually pagi tu we all dah bersiap nak bawak totok p hospital sebab totok jatuh pd petang sebelum tu, tapi bila diajak ke hospital totok berkeras tak nak p walaupun totok mengadu sakit kepala n sesak nafas tapi lepas tu totok ok balik, totok ketawa n makan dengan kami semua... Cuma bila malam totok tak leh tidur gelisah je yang menjaganya mak mertua Dhia n penjaga totok n opah Kak Siti sampai ke pagi... Masa pagi tu mak mertua Dhia interkom Dhia cakap nak bawak totok p hospital bapak mertua Dhia pagi2 dah p outstation, so Dhia pun bagitau lah suami Dhia sementara tunggu suami Dhia bersiap Dhia pun bersiap lah jugak, dalam bersiap2 tu lah mak mertua Dhia interkom Dhia lagi sambil menangis apa lagi Dhia dengan langkah seribu berlari mendapatkan mak mertua Dhia di bilik totok, rupanya totok dah nazak, Kak Siti ajar totok mengucap, sambil tu Dhia suapkan air kemulut totok, mak mertua Dhia lak call abang ipar dia. Last Dhia suapkan air kemulut totok, mulut totok dah berbuih n waktu suami Dhia turun tu actually totok dah takde tapi kami semua masih menafikan sebab tak boleh terima kenyataan. Bila abang ipar mak mertua Dhia sampai dia call ambulan, ambik masa jugak nak sampai sebab jalan banjir. Ambulan sampai dengan doktornya sekali lepas cek doktor kata bawa kehospital untuk kepastian, mak mertua Dhia p dengan abang ipar n anak perempuannya dulu, Dhia n suami p ikut selepas itu... Dalam perjalanan kesana, adik ipar Dhia hantar sms bagitau yang  pihak hospital dah sahkan pemergian totok, sekali lagi Dhia cuba menafikannya tapi adik ipar Dhia terus meyakinkan Dhia barulah Dhia cuba terima n perlahan2 Dhia bagitahu suami Dhia dan keluarga terdekat termasuklah ahli keluarga Dhia di KL... Bila suami Dhia dapat tahu yang totok dah tak ada, dia menangis  teresak2 sampai tumpuan pemanduannya sedikit terjejas n Dhia cuba menenangkannya walaupun sebak didada terpaksa Dhia tahan demi untuk bagi kekuatan pd suami...

Kami terus p kebalai polis jumpa mak mertua Dhia disana sebab dia orang perlu buat laporan polis untuk kematian totok Dhia supaya totok Dhia tak di bedah siasat. Selepas semuanya selesai kami terus ke hospital untuk menguruskan jenazah... Waktu dibilik mayat itulah Dhia tak dapat nak kawal perasaan lagi bila Dhia tengok je muka totok, Dhia terus meraung ntahlah Dhia macam tak leh terima... Tak baikkan. Tapi itulah kenyataannya. Walaupun Dhia baru hidup dengan totok selama setahun tapi totok tetap memberi kesan sampingan yang lama buat Dhia... Totok menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Dhia, Mami n Kak Siti... Tak sempat totok nak tengok cicit sulong dia...Opah disebelah hanya menangis sebab opah tak leh buat apa2 sebab opah sendiri sakit kena strok... Sampai je jenazah dirumah semua kelengkapan dah disediakan oleh saudara mara yang banyak membantu. Teriam kasih untuk semua... Airmata Dhia lak tak berhenti mengalir... Sungguh Dhia terasa dengan pemergian totok. Lepas baca yasin n mandikan totok kami semua cium totok untuk kali terakhir, Ya allah kuatkanlah hatiku... Tertunai jugak hajat totok yang nak cucu sulong n anak2 totok mandikan totok. Yang tak sempat sampai hanya anak lelakinya yang dok kat perak n adik ipar Dhia yang berada di India study. Tapi apa2 pun alhamdulillah semuanya telah selamat. Dhia tak ikut p kubur tak kuat untuk melihatnya. Malam tu kami adakan tahlil, Dhia menangis je sampai termimpi2 totok, walaupun dah 3hari Dhia masih terasa kesedihan yang berbuku dihati... Ya allah tabahkanlah hatiku dan kuatkanlah imanku...

Akhirnya totok p pd usia 86tahun... Ya, yang hidup pasti mati, begitulah yang telah ditakdirkan untuk kita semua, cuma cepat atau lambat saja seruan tu sampai untuk kita. Apa yang pasti apa yang ada hari ini kita sama2lah hargai, jangan sesekali kita kesalinya bila sudah terlambat... Telah menjadi adat manusia, menghargai sesuatu bila semuanya telah tiada dan bila semuanya sudah terlambat, pemergian totok membawa banyak perubahan dalam keluarga ini. Apa yang terjadi ada hikmahnya cuma kita sedar atau tidak sahaja... Apa yang pasti yang hidup teruskanlah hidup dan beramal soleh agar pemergian kita nanti, kita bawa bersama semua amalan kita didunia ini untuk dijadikan bekalan disana... Ingat yang baik itu dari allah swt dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri... Dhia harap kawan2 semua sudilah kiranya menyedekahkan Al-Fatihah buat totok Dhia... Al-Fatihah...

1 comment:

  1. Al fatihah... saya jua baru kehilangan ayah pada 5/2/2011...

    ReplyDelete