Ruangan Iklan

Friday, February 11, 2011

Jejak Sahabat

Hari nie dhia nak cite la pasal sekolah2 yang dhia pernah belajar n kawan2 dhia kat sekolah dulu. 1st dhia nak cite time sekolah rendah. Dulu dhia sekolah kat Sek Ren Keb Kampung Gudang Batu Kurau Taiping Perak dalam tahun1985, ada sape2 tak yang sekolah kat sini tahun tu?... Actually sekolah nie banyak memberi kenangan manis pada dhia, abang dhia n adik dhia pun sekolah kat sini gak. Lepas abah meninggal dunia je kami bertiga tinggal dengan tok dan che kat kampung sekolah kat sana. Erm, kawan cum musuh dhia kat sekolah nie dulu nama dia Sakinah, punyalah bermusuh waktu sekolah tapi bila dah beso nie baru tau yang kita orang nie berkupu2... Ahaks! n BF dhia lak namanye Siti Afifah anak Cikgu Darus, Syaril, Mek, Roha, Da, Rozi n Na ini je yang dhia dapat ingat yang tak ingat tu janganlah marah ek2!... Dhia sekolah kat sini dari tahun 1985 sampai tahun 1987, pastu dhia tukar sekolah.

Tahun 1988 dhia sekolah kat Sek Ren Keb Toh' Sajak Batu Kurau Taiping Perak, kat sini dhia sekolah pun sekejap je dalam 1year je sebab ikut makcik adik arwah ayah. Kat sini dhia sekolah dengan arwah sepupu dhia, nama dia Azarida, dia meninggal waktu umur 20an sebab kanser darah. BF dhia kat sini namanye Norhayati, Mazni n Zul. Dhia kawan dengan zul sebab kawan2 lain semua tak nak kawan dengan dia sebab kaki dia cacat, cian tau. Dhia dengan sepupu dhia selalu balik sekolah dengan dia. Kawan dhia yang nama dia yati nie suke no makan gula2 hacks hitam sehari tak dapat memang tak sah... Hahaha. Lepas sekolah kat sini dhia pun pindah ke Tronoh Mines Kampar Perak...

Tahun 1989 dhia pun masuk kat sekolah nie, Sek Ren Keb Bukit Pekan Kampar Perak. Kat sini dhia tinggal dengan makcik dhia adik mak, kehidupan dhia kat sini sangat2lah daif, berbeza dengan kehidupan dhia dikampung tok dan che. Tapi nak buat macam mana dhia terima semuanya dengan hati yang terbuka.. Kat sekolah nie BF dhia namanye Mek Wahidah, Norlidawaty, Ismawati, Syuhaidah, Norlida, Cepa n Syaidatul Syuhada @ ada. Terima kasih buat semua kawan2 dhia nie, coz sanggup berkongsi bekal makanan dengan dhia n membantu dhia. Cepa ingat lagi tak kita makan kat bawah pokok sawit tepi padang sekolah time rehat dengan Noraini sepupu dhia... Hahahaha memang best. Oh ya terima kasih gak untuk kakak angkat dhia namanye Siti Mariam kerana sudi mengambil dhia yang daif nie sebagai adik angkat... Thnx alot ya... Miz korang semua.. Pertengahan tahun 1989 dhia kena pindah ke KL ikut mak, huhuhu sedihnye pindah lagi...

Pertengahan tahun 1989 dhia bersekolah di Sek Ren Keb Sg Besi Kuala Lumpur. Kat sini dhia takde BF sebab sekejap no dhia sekolah kat sini sebelum masuk sekolah menengah. Tapi cikgu kat sekolah tu dhia ingat sebab dia banyak bantu dhia n adik dhia nama cikgu tu Cikgu Radzi n Cikgu Fisol. Inilah semua nama2 sekolah yang pernah dhia belajar waktu sekolah rendah dulu n kawan2 dhia... Banyak kenangan manis dhia di zaman nie walaupun pelbagai kepayahan kami adik beradik tanggung tapi tak pernah kami kesali kerana kepayahan itu mengajar kami erti kehidupan sebenar... Kalau ada sape2 yang pernah sekolah kat nama2 sekolah nie bolehlah bertukar khabar ek nanti... Cerita sekolah menengah kita sambung lain kali... K la dhia end dulu. Daaaaaaaaaaa...

2 comments:

  1. Betullah, kepayahan semalam mengajar kita erti kehidupan sebenar.. bila banyak kali bertukar sekolah, semakin ramailah yang menjadi kawan rapat yer.. Salam kenal.. Thanks yer sudi follow blog saya..

    ReplyDelete
  2. hahahaha...thnx 2 u 2 hanis... mana ade bayak leh kire dgn jari kaki lagi...ahaks... salam kenal gak.

    ReplyDelete