Ruangan Iklan

Wednesday, February 16, 2011

The World's Most Beautiful Roads

   Salam, dalam entri pada hari ni, Dhia nak share ngan korang gambar2 jalan yang superb dan yang terindah di dunia. Gambar2 menarik ni Dhia amik dari dalam internet. Nak pergi ke tempat2 dibawah xde duit. Haha. So enjoy d pictures k.

1. Guoliang Tunnel Road - China
    Jalan ni yang paling mencabar ( bagi pendapat Dhia lah ) pernah dibuat oleh manusia. Lokasinye terletak di pergunungan Taihang di negara China. Ramai rakyat tempatan telah terbunuh dalam masa untuk menyiapkan projek ini. Pada tahun 1977 barulah jalan ini dibuka kepada umum. Panjang jalan ini ialah 1.2km. Lebar dan tinggi terowong untuk memuatkan jalan ialah 5 meter tinggi dan 4 meter lebar. Apa pun, jalan ini merupakan salah satu destinasi pelancong yang mesti dilawati di negara China kerana keunikannya.
Guoliang Tunnel Road - China
Jalan yang agak sempit

2. Iroha-zaka - Japan
    Jalan penuh dengan corner ni pulak terletak di negar Jepun dimana ia menghubungkan daerah Nikko dengan Oku-Nikko. Jalan ni ada 48 corner yang dikatakan berkait rapat dengan jumlah 48 abjad dalam abjad bahasa Jepun kuno. Menarikan?

Iroha-Zaka - Japan
Initial-D nyer jalan :)

3. Oberalp Pass - Switzerland
    Jalan yang mengagumkan ini terletak di tengah2 kawasan pergunungan Switzerland. Jalan ini juga amat popular bagi pemandu di seluruh Eropah tetapi.....jalan ini hanya dibuka pada musim panas je. Pada musim salji ia ditutup dan digunakan sebagai tempat orang bermain ski dan hill-climbing.

Oberalp Pass - Switzerland

4. Red Rock - USA
    "Muzium tanpa dinding" Itulah gelaran jalan The Red Rock yang terletak di kawasan gurun di U.S.A. Sape2 yang lalu kat kawasan ini akan terpegun dengan keindahan semula jadi panorama bukit2 yang berwarna kemerah-merahan. Jalan ini menghubungkan Montezuma Castle National Monument dengan Cococino National Forest memberikan setiap pengguna jalan raya ini keindahan alam semula jadi yang indah.

Red Rock - USA

5. Stelvio Pass - Italy
    Dari Eastern Alps di Italy, jalan Stelvio Pass ni menghubungkan daerah Valtellina  dengan Merano di Lembah Adige. Ini adalah jalan raya kedua tertinggi di pergunungan Alps dan ianya berada di ketinggian 2,757 meter ( lebih kurang 2.8 km ) dari paras laut.Jalan ini juga popular kerana ada 48 corner maut dan kawasan lereng jalan yang agak tinggi. Kaki2 kereta di Italy memang suka pergi tempat macam ni, tambah lak dengan keindahan bila ada kat puncak gunung tu.

Stelvio Pass - Italy

6. The Jebel Hafeet Mountain Road - UAE
    Jalan ini panjang nyer lebih kurang 15 kilometer dan terletak pada ketinggian 1.2 kilometer dari paras laut. Engineer yang buat jalan ni pun telah membuktikan rekaan jalan ini amat sesuai dan penuh dengan panorama2 yang menarik kepada pengguna jalan tersebut. Sepanjang perjalanan di jalan ni, anda akan dapat melihat keindahan padang pasir dari aras yang tinggi. Jalan ini juga direka dengan beberapa jalan lurus dan selekoh2 yang amat superb lah..hehe..Di hujung jalan raya ini juga terdapat sebuah hotel dan "of course" jalan yang terus membawa anda ke Istana pemimpin negara tu.. Kayo nyer....

The Jebel Hafeet Mountain Road - UAE
Pemandangan di waktu malam

7. Overseas Highway - Florida Keys ( U.S.A )
    Jalan ini dibina pada tahun 1938 bersebelahan dengan landasan keretapi lama yang telah dimusnahkan oleh puting beliung. Jalan ini dibina sepenuhnya atas permukaan laut dan mengambil 4 jam untuk merentasinya. Jalan ni jugak melalui dari satu pulau ke satu pulau dan terdapat 42 jambatan yang merangkumi semua jalan ini. Kalau pengguna jalan melalui jalan ni pada masa yang cun, leh tengok sunset yang amat indah sekali. Tetapi biasalah, pada musim cuti jalan ni comfirm jem.

Overseas Highway - Florida Keys

8. Transfargarasan - Romania
    Transfăgărășan ( mengikut ejaan yang betul ) merupakan jalan raya yang paling tinggi dan dramatik di Romania. Mengapa dramatik ? Cuba tengok gambar jalan ni kat bawah, haaaaa, nampak? Jalan raya ni terletak di tengah2 lembah di antara 2 kawasan pergunungan. Dibina asalnye untuk kegunaan tentera oleh diktator Nicolae Ceausescu, jalan raya ini merangkumi perjalanan sebanyak 90 km ditambah pulak ngan corner2 maut. Huhu.. Kalau ikut sejarah pasal jalan ni, seramai 40 askar telah maut untuk menyiapkan projek ni dan sebanyak 6 juta kilogram bahan letupan digunakan untuk proses pembinaan jalan ni. 6 Juta kilo !! 6,000,000 kilogram tu......huhu..Tetapi seperti biasa di jalan raya yang terletak di kawasan pergunungan ni terpaksa ditutup pada masa musim salji. Santa Clause main drift kot.. Ahaks..


Transfargarasan - Romania
9. Col de Turini - France
    Col de Turini ini terletak di sebelah selatan Perancis. Ianye terletak lebih kurang 3 kilometer dari paras laut. Jalan ini juga digunakan sebagai pertandingan Kejohanan Rally Dunia dimana 33 kilometer jalan ini digunakan untuk pertandingan tersebut. Ada 34 corner tajam di sepanjang jalan ini dan dimana di sesetengah jalan lurus di jalan raya ini, pemandu boleh memandu selaju 180 km/sjm. Pergh!! Jalan ini juga dikatakan jalan yang paling mencabar diantara jalan2 yang digunakan untuk kejohanan ralli dunia ditambahkan pulak dengan pemandangan yang indah.



10. Los Caracoles Pass - Andes
      Jalan ni lak boleh dikatakan amat mencabar untuk pemandu untuk melaluinya. Lokasinye terletak diantara sempadan negara Chile dan Argentina. Dari segi aspek keselamatan, jalan ni memang takde pembahagi jalan. Silap layan corner, jatuh gaung gamaknye.. Tetapi, apa-apa pun , dari segi aspek rekod safety, jalan ni memang tip-top. Boleh dikatakan jarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pada musim salji, seperti biasa jalan ini ditutup, TETAPI....sapa2 yang nak try boleh aje.. 

Los Caracoles Pass - Andes

18 comments:

  1. dhia tak yah la join kalau husband tak kasi... kena ikut ckap suami...

    ok... berbalik pada gambar2 kat atas ni... mana dapat??? google ek??? saya suka gambar2 pemandangan ni... lagi2 yang unik macam ni... keajaiban dunia... sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  2. hehehe tau xper... itu suami dhia yg buat... dhia tolong dhia buat entry... dhia lak folo n BW kat shoutout... dhia pun suke tgk pic2 mcm 2 ada ketenangan

    ReplyDelete
  3. tau xper ayza...dhia kagum tu selain kagum dgn keindahan ciptaan allah swt...

    ReplyDelete
  4. nice picture n info! fuh. kalu nk guna jln2 tu pk sepuluh kali la.. tp tingin nk lalu jln dekat Red Rock - USA dgn Overseas Highway - Florida Keys hehe

    ReplyDelete
  5. Siti - samalah ngan Dhia,hehe. jalan yg lain tu nampak scary.yg Red Rock n Overseas Highway tu je la yg cantik and x menakutkan sgt. :)

    ReplyDelete
  6. huhuh...buleh muntah darah kalau ikut jalan2 ni..mcm ular da...

    ReplyDelete
  7. Eija : tau xper unik kan...


    X : bukan muntah darah dah muntah isi perut terus..hehehe...

    ReplyDelete
  8. Daniel ada gak nak buat "own research" tentang gambar2 jalan yang cantik di Malaysia. Tp x tau kat mana nak start, jalan tampal2/lubang sana-sini banyak r..hehe..

    ReplyDelete
  9. mcm2 jln ada.. yg seram,cantik semua ada..

    ReplyDelete
  10. mau xmuntah kalo jalan yang bengkang-bengkok tu..
    huhu

    ReplyDelete
  11. suka ngn jln kat switzerland tu, cantik je nampak :)

    ReplyDelete
  12. adddoooiiii....pening pale makcik tgk jln2 mcm tue...
    but,diorg nih creative....




    jom singgah n follow2 belog saya...
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Arief - mau x muntah..hehe

    Afiq Bukhari - Dhia sokong !

    Fyna - memang lah tersangat kreatif :)

    Afiq Nurudin - memang cantik.

    Zanna - betul, mcm2 corak kalo kite tgok betul2.

    ReplyDelete